Pembuka Bicara

Dengan dibinanya blog ini insyaallah akan memudahkan lagi para pelajar mendapatkan maklumat dan tips yang berguna dalam mata pelajaran kemahiran hidup tahun 5. Segala maklumat yang akan dibincangkan/ disampaikan melalui blog ini adalah mengikut sukatan pelajaran KBSR Sekolah Kebangsaan dan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sumber maklumat adalah daripada buku teks Kemahiran Hidup Tahun 5 dan daripada buku kerja yang terdapat di pasaran.
Aktiviti dan nota yang disampaikan melalui blog ini adalah bertujuan untuk menarik minat para pelajar untuk menggunakan teknologi secara atas talian dengan lebih bertanggungjawab untuk menimba ilmu pengetahuan dengan kaedah yang lebih menyeronokkan dan bukannya sebagai menjana pendapatan.
Semoga blog ini akan terus dikemaskini untuk menarik minat pelajar membuat latihan ulangkaji matapelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5.

No comments:

Post a Comment